Kuning banjiri KL, Bersih 5 berjaya hampiri Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR 19 NOV: Pusat Bandar Kuala Lumpur setakat 2 petang ini dibanjiri kira-kira 30,000 peserta Bersih 5 berpakaian kuning menuntut Malaysia diselamatkan daripada cengkaman pemerintah yang menindas rakyat.

Tidak peduli panas terik dan sekatan polis, mereka berarak di segenap pelusuk ibu negara dan akhirnya berjaya menerobos sekitar Dataran Merdeka, lokasi terakhir yang dijadualkan berhimpun.

Di Masjid Negara, kira-kira 3,000 peserta Bersih mula bergerak ke arah Masjid Jamek, manakala kumpulan dari Bangsar disertai 10,000 peserta.

Bersih 5Polis tidak membenarkan mereka berarak ke arah Jalan Raja Laut.

Sekatan itu memaksa peserta mengikut laluan lebih panjang melalui Masjid Jamek.

Laungan pembakar semangat seperti ‘Bersih’, ‘Reformasi’, ‘Bebas Maria’, ‘Bebas Rakyat’ bergema sepanjang laluan Bersih 5.

Polis juga turut berkeras menghalang peserta Bersih mara ke Dataran Merdeka dan mahu mereka kekal di Jalan Travers.

Selain itu, kawasan di Menara Maybank, Masjid Jamek, Terminal Bas Puduraya, Kompleks Kota Raya dan kawasan sekitarnya dipenuhi peserta Bersih dengan berarak secara berkumpulan menghampiri Dataran Merdeka dan Dataran Bandaraya Kuala Lumpur.

Menyedari banyak laluan ditutup, sebahagian peserta mengambil kesempatan beramah mesra dan berselfie sesama mereka, sebelum meneruskan pergerakan.

Peniaga juga tidak ketinggalan terus menjual baju T dan barangan Bersih 5, selain penjaja minuman di serata tempat.

Di Jalan Kinabalu, kira-kira 200 peserta Baju Merah tiba di lokasi itu tetapi gagal masuk ke Jalan Padang Merbok kerana dihalang polis.

Sebelum itu, sebahagian daripada kumpulan yang menyertai perhimpunan Baju Merah tiba di Padang Merbok manakala sebahagian peserta perhimpunan berkenaan berada di tepi jalan di Jalan Parlimen.

Kira-kira 11 pagi tadi, anggota FRU mula menyekat Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut menuju ke pusat membeli-belah Sogo.

Di Jalan Travers jam 1 tadi, pasukan keselamatan Bersih yang berbaju ungu terpaksa membuat benteng manusia bagi mengelakkan rempuhan terhadap sekatan polis.

Aktivis Adam Adli mengingatkan bahawa beza Bersih 5 dan Baju Merah adalah mereka tidak ganas.

Walaupun Ambiga mengumumkan supaya peserta tidak bergerak, terdapat pihak yang mahu terus maju ke depan menuju Dataran Merdeka.

Bersih berhimpun untuk mendesak pilihan raya bersih dan adil, serta menggesa perletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran skandal 1MDB.

Sementara matlamat kumpulan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos adalah untuk mengganggu himpunan dan peserta Bersih semata-mata.

Bagaimanapun, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, menurut satu mesej dari NGO Lawyers From Liberty.

Sembilan lain yang ditahan semalam pula dikenakan tahanan reman dua hari pada perbicaraan pagi ini.

Turut ditahan awal pagi tadi, Jamal Baju Merah.

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69697

Posted by on Nov 19 2016. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE