Kutipan hasil Negeri Sembilan lebih RM20 juta

Kutipan hasil Negeri Sembilan meningkat lebih RM20 juta dalam enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata hasil kutipan tersebut adalah sebanyak RM270 juta dan melebihi sasaran yang ditetapkan.

“Tahun lepas kita dapat RM421 juta. Itu kita sasarkan RM412 juta, tapi kita sampai RM421 juta,” katanya.

Justeru bagi tahun ini pula katanya, kerajaan Negeri Sembilan mensasarkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM430 juta.

“Tahun ini kita sasar RM430 juta. Kita yakin dapat RM435 juta minimum. Insya-Allah, kita doa.

“Saya yakin dengan pegawai-pegawai yang ada hari ini. (Tambah lagi) selepas retreat dengan semangat mereka, saya yakin mereka akan buat kutipan lebih baik lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Penguatkuasa Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2019 di pekarangan Wisma Negeri, SEMALAM.

Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dr Razali Ab Malik dan Pegawai Kewangan Negeri Sembilan, Mohd Khidir Majid.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73675

Posted by on Jun 27 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE