Kutipan hasil RM2.6 bilion Selangor lepasi sasaran asal

Selangor berjaya mengutip hasil negeri sebanyak RM2.64 bilion yang melangkaui unjuran asal berjumlah RM2.55 bilion setakat 28 November yang lalu.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

“Unjuran Selangor bagi perolehan sasaran kutipan hasil adalah RM2.55 bilion untuk 2017 ini. Tetapi setakat 28 November lalu, kita mencatatkan jumlah perolehan RM2.95 bilion.

“Jumlah ini mencatatkan peningkatan positif dalam kutipan hasil negeri untuk tempoh ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pada Program Jelajah Peduli Rakyat peringkat Parlimen Gombak di Dataran Gombak Utara, Sungai Pusu, malam tadi.

Selangor sebelum ini mengunjurkan kutipan hasil akan meningkat kepada 81.7 peratus daripada jumlah sebenar kutipan yang sempurna bagi 2017.

Sasaran itu meliputi peningkatan hasil daripada kadar premium tanah sebanyak 54.2 peratus, hasil cukai tanah sebanyak 19.5 peratus dan urusniaga berkaitan tanah sebanyak 8.0 peratus.

Selain itu, hasil negeri turut disumbangkan oleh keuntungan pelaburan simpanan tetap sebanyak 32.2 peratus, cukai hiburan sebanyak 2.2 peratus dan cukai hasil hutan daripada pengeluaran kuari sebanyak 1.9 peratus.

Tahun 2016 menyaksikan perolehan RM2.25 bilion berjaya dikutip seperti dibentangkan pada belanjawan lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70823

Posted by on Dec 5 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE