Labur RM300 juta pada Esscom, keselamatan Sabah masih terancam

ESSCOMKOTA KINABALU 7 MEI: Lebih RM300 juta dilaburkan bagi Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom), namun prestasi keselamatan di Sabah masih lagi terancam, kata Adun Inanam, Dr Roland Chia.

“Walaupun berjuta-juta dilaburkan, namun keselamatan di sempadan perairan Sabah masih lagi tidak selamat.

“Sudah lebih 50 tahun kita merdeka, Sabah masih lagi terancam keselamatannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pada April 2014 di Dewan Undangan Negeri Sabah Pakatan Rakyat mengusulkan perbahsan mengenai isu penculikan di Pantai Timur Sabah memandangkan ia menjejaskan keselamatan dan kedaulatan Malaysia

Namun, usul tersebut ditolak kerana atas alasan teknikal.

“Keselamatan di Sabah perlu diatasi kerana Sabah merupakan pusat pelancongan yang menyumbang sumber ekonomi kedua kepada Sabah,” jelas Roland Chia.

Terbaru pada 6 Mei, satu kes penculikan bersenjata dilaporkan berlaku di perairan Sabah membabitkan sekumpulan lima orang lelaki yang melarikan seorang lelaki warga China dari sebuah pusat ternakan ikan dekat Lahad Datu.

Sebelum itu, pada 3 April, seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan turut diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata di di Singamata Reef Resort , Semporna.

roland_chiaJusteru, Roland (gambar) menggesa kerajaan menyelesaikan masalah keselamatan di negeri tersebut dengan kadar segera, dan juga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang berlaku ini.

“Kerajaan perlu ada sikap tanggungjawab terhadap rakyat seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Korea Selatan yang meletakkan jawatan atas bencana feri Pulau Jeju sebagai tanda tanggungjawab bersama kepada rakyat dan negara.

“Keputusan lonjakan penduduk di Sabah melebihi 200 peratus sepanjang dekad dan kelewatan RCI mengenai pendatang tanpa Izin di Sabah adalah petunjuk bahawa rakyat negeri ini dinafikan perlindungan asas pembelaan dari BN,” tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61343

Posted by on May 7 2014. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE