Laporan KEADILAN setuju Dr M ketuai Harapan tak tepat

KUALA LUMPUR 15 JUN: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menafikan laporan berita The Malaysian Insight yang mendakwa KEADILAN sudah bersetuju menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan.

“Saya rujuk laporan berita The Malaysian Insight bertajuk “PKR finally agrees to Dr Mahathir as opposition chief”.

“Harap maklum bahawa laporan berita ini tidak tepat. Perbincangan mengenai isu ini sedang berjalan,” kata Fahmi dalam kenyataan ringkasnya hari ini.

Fahmi turut menggesa orang ramai agar mengikuti perkembangan terkini tentang struktur kepimpinan Pakatan Harapan menerusi kenyataan rasmi daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Sebarang pengumuman akan dibuat secara rasmi melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan kelak,” katanya lagi.

Perbincangan mengenai struktur kepimpinan Pakatan Harapan hangat dibincangkan media yang melaporkan perkembangan usaha mendaftarkan gabungan pembangkang ini secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Usaha mendaftarkan gabungan ini sudah berlangsung sejak beberapa tahun lepas ekoran tindakan ROS yang sentiasa melengah-lengahkan prosedur ini atas alasan teknikal.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70109

Posted by on Jun 15 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE