Laporan kemiskinan PBB perlu dibincang meluas dan mendalam

Hasil kajian Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston berkenaan garis kemiskinan di Malaysia perlu dibincangkan dengan “lebih meluas dan mendalam”, kata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.

Pendirian itu diambil badan pembuat keputusan tertinggi parti selepas mesyuarat bulanan bersama Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim semalam.

“KEADILAN telah membincangkan kenyataan media Alston berkenaan kemiskinan di Malaysia termasuk isu garis kemiskinan.

“KEADILAN berpendirian laporan pelapor khas PBB ini seharusnya mengundang wacana dan perbincangan yang lebih meluas dan mendalam.

“(Ini) demi membantu Pakatan Harapan merangka program ekonomi yang akan mendatangkan kesan positif terutama kepada golongan berpendapatan rendah,” kenyataan MPP KEADILAN dipetik.

Pada 23 Ogos lalu, Alston menyifatkan kadar kemiskinan negara iaitu 0.4 peratus pada 2016 tidak realistik kerana meletakkan penanda aras yang rendah, iaitu dengan Garis Pendapatan Kemiskinan (PLI) RM980 sebulan bagi setiap isi rumah.

Alston dilapor berkata, kadar kemiskinan sebenar Malaysia ialah kira-kira 15 peratus yang hampir dengan negara lain.

Laporan itu susulan lawatan sebelas hari Alston ke pangsapuri kos rendah, pusat orang kurang upaya, komuniti orang asli dan sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Sabah, dan Kelantan.

Sementara itu, kenyataan sama turut mengumumkan tentang Konvensyen ‘Dua Dekad Merakyatkan Reformasi’ di setiap negeri yang akan bermula Oktober.

“Ia sebagai salah satu acara sebelum Kongres Nasional Tahunan yang bakal berlangsung Disember ini,” katanya.

KEADILAN juga mencatatkan sejumlah 9,509 pendaftaran anggota baru antara 16 Julai hingga 15 Ogos 2019, serta jumlah cabang berdaftar setakat 15 Ogos yang berjumlah 220 cabang.

“Ini bakal menjadikan KEADILAN sebagai parti yang mempunyai kehadiran di hampir setiap kawasan parlimen di seluruh negara,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73926

Posted by on Aug 26 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE