Laporan Lahad Datu TV3 fitnah serius – Anwar

KUALA LUMPUR 11 JULAI: Saudara Anwar Ibrahim menyifatkan laporan mengaitkan beliau dengan serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai suatu tuduhan serius dan bersifat fitnah.

Kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu, laporan disiarkan oleh stesen teelvisyen berkenaan melalui slot berita perdana pada 5 Mac 2013 menjejaskan beliau serta Pakatan Rakyat.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir ke mahkamah mengikuti perbicaraan kes itu hari ini.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir ke mahkamah mengikuti perbicaraan kes itu hari ini.

Hal itu kerana, kata Ketua Umum KEADILAN itu, ia menyebabkan orang ramai keliru dan diracuni propaganda ketika negara semakin menghampiri tempoh pilihan raya.

“Laporan itu menunjukkan seolah-olah saya seorang pengkhianat negara dan bersedia membenarkan pencerobohan ke atas negara saya sendiri.

“Laporan itu mencemar imej dan kredibiliti saya sebagai seorang pemimpin pembangkang.

“Mereka (TV3) tidak memberi saya sebarang peluang untuk menjawab sebaliknya terus menyerang saya.

TV3 telah melanggar etika media, kesopanan, kebudayaan dan Islam,” kata Anwar, dipetik Malaysiakini ketika memberi keterangan itu dalam samannya terhadap TV3, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyaman stesen televisyen berkenaan sebanyak RM100 juta ekoran laporan Buletin Utama yang memetik berita Utusan Malaysia mendakwa beliau menjadi antara dalang di sebalik serangan pengganas di Sabah lebih empat tahun lalu.

Akhbar harian berkenaan sudah memohon maaf dan menarik balik laporan itu selepas Anwar memfailkan saman terhadap mereka pada Oktober tahun lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70227

Posted by on Jul 11 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE