Laporan palsu: Tian lapor polis, mahu cybertroopers Umno disiasat

KUALA LUMPUR 4 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membuat laporan polis petang ini berhubung laporan palsu blogger Umno ke atasnya mengenai isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

TianLaporan polis itu dibuat terhadap blogger dan cybertroopers Umno iaitu Papagomo, Mymassa, Talk With Hand dan Aloqlaloq.

Beliau mahu mereka yang terlibat disiasat.

Ia ekoran berita palsu menuduh beliau menghina pembunuhan komando polis negara sebagai ‘mati katak’ dalam satu ceramah yang didakwa dihadirinya di Puchong.

Sedangkan ketika itu, beliau menghadiri ceramah KEADILAN di Tangkak Johor.

“Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali. Semalam, saya tidak berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan pasukan keselamatan,” jelas Ahli Parlimen Batu itu.

“Sebenarnya (waktu itu) saya berada di Johor dan dalam semua ucapan, saya menyatakan keyakinan dan sokongan terhadap pasukan keselamatan dan anggota-anggotanya,” kata Tian dalam kenyataan berhubung fitnah itu pagi tadi.

Tian ditemani Setiausaha, Rozan Azen Mat Rasep.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46410

Posted by on Mar 4 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google