Laut Pangkor bawa ‘ombak’ kemenangan untuk KEADILAN

(Oleh Ruqayya Rahman)

PANGKOR 18 APRIL: Calon KEADILAN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor, Saifullah Zulkifli optimis terhadap penyertaan ‘lautan’ pengundi muda yang bakal menjadi ‘ombak besar’ yang akan menenggelamkan Menteri Besar haram, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

abg epulPengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu berkata, hampir separuh daripada 23,000 pengundi Pangkor adalah anak muda.

Jumlah ini meyakinkan beliau bahawa kebangkitan golongan ini di seluruh negeri semakin merebak ke Pangkor.

“Tawaran Pakatan Rakyat dalam manifesto banyak menyentuh keperluan semasa anak muda. Peranan saya untuk pastikan tawaran itu betul-betul difahami.

“Rakyat berhak tahu dan faham hak mereka sebelum mengundi. Kami tak akan ambil kesempatan dengan menghasut pengundi dengan politik kotor,” katanya kepada Keadilan Daily.

Saifullah berkata, 13,000 pengundi di DUN Pangkor terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, dan kebanyakannya mahu kebajikan tentera yang terabai di bawah BN mendapat pembelaan setimpal.

Maklumat yang diterima melaporkan Zambry sering ke pangkalan TLDM dan pelbagai program ‘politik’ diadakan demi survival kuasanya di Pangkor.

“Kegagalan pengurusan atasan menjaga kebajikan tentera menyebabkan ramai anggota tentera hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN.

“Kami dah ‘all out’ jentera dan cuba pastikan undi tentera laut bersama Pakatan Rakyat. Saya yakin, angkatan keselamatan dapat bezakan yang benar dan salah,” kata Saifullah.

Tambah beliau, perjuangan politik perubahan adalah perjuangan melalui proses mendidik, maknanya semakin keras sesebuah parti menghasut akan membuatkan masyarakat umum semakin jauh daripada perjuangan mereka.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50648

Posted by on Apr 18 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google