Lawan Kit Siang taktik Umno bunuh karier politik Ghani Othman

Aedi Asri

JOHOR 17 APRIL: Tindakan meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah dipercayai usaha untuk menamatkan karier politiknya, kata Timbalan Pengerusi KEADILAN, Dr Faidhi Saidi.

Calon Parlimen Pasir Gudang itu berkata, kedudukan Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah tidak terjamin kerana terpaksa mengharapkan undi Melayu semata-mata.

GP“Melihat situasi politik semasa, undi kaum Cina kepada Pakatan pasti bertambah berbanding PRU 12.

“Malah, lawan Ghani ialah Lim Kit Siang yang bukan calang-calang orang. Beliau tokoh politik terkenal,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ghani tidak dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom yang diwakilinya empat penggal, sebaliknya ‘dipaksa’ untuk berdepan Kit Siang.

Parlimen itu terdiri dari DUN Skudai dan Nusajaya dengan 78,676 pengundi berdaftar iaitu kaum Cina kumpulan terbesar iaitu 54.06 peratus, diikuti Melayu (33.54 peratus) dan India (12.22 peratus).

Bagaimanapun, Faidhi berkata,  Ghani juga tidak selamat jika kekal bertanding di DUN Serom ekoran kegagalannya menyelesaikan masalah tanah.

“Dulu janji selesaikan isu tanah setinggan dan penduduk kampung yang belum ada geran terutama di selatan Johor tapi sudah berbelas tahun, belum selesai.

“Jadi ada penolakan dari akar umbi. Kalau tanding DUN pun, belum tentu menang,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50554

Posted by on Apr 17 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google