Lebih 100 ahli Umno, Star sertai KEADILAN di Sabah

(Masdar Wahid)

SABAH 8 Julai: Lebih 100 ahli Umno dan State Reform Party (Star) Sabah dalam Parlimen Kinabatangan hari ini menyertai KEADILAN di Sandakan, Sabah, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.

Semua borang penyertaan itum katanya diserah seorang pimpinan Umno Parlimen Kinabatangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program ceramah umum anjuran KEADILAN Sabah.

“Penyertaan itu membuktikan lonjakan sokongan berterusan rakyat Sabah kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sekaligus signal jelas rakyat negeri ini sudah bersedia menukar kerajaan,” katanya kepada Keadilan Daily, petang ini.

Selain Aishah, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; pimpinan DAP Sabah, Steven wong hadir bersama kira-kira 1,500 rakyat pelbagai kaum.

Aishah berharap pimpinan KEADILAN Sabah mengatur pelbagai program bagi memastikan keanggotaan baru itu memahami perjuangan parti dan membantu kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Parlimen Kinabatangan diwakili Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Umno BN di Parlimen yang terkenal dengan kontroversinya mengungkap perkataan lucah, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32435

Posted by on Jul 8 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google