Lebih 100,000 banjiri sambutan Ambang 2013 di Selangor

SHAH ALAM, 1 JAN: Lebih 140,000 orang dari pelbagai lapisan usia membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi memeriahkan Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Selangor sempena ambang 2013 di sini malam tadi.

Program GeMS – Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai.

Ia berlangsung selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Disember dengan pelbagai program menarik termasuk Karnival Pendidikan Selangor- EduSEL Fair 2012.

Turut diadakan ceramah santai yang bertajuk SPIES membentuk masyarakat sejahtera yang menampilkan Dr Ruziah Ghazali, Ustaz Shukri Yunus dan Ustaz Fauzi Mustafa.

Forum Jom Bercinta yang membariskan panel Ustazah Fatimah Syarha dan pelakon, Shamsul Ghau-Ghau dan ceramah ilmuan bersama Ustaz Datuk Ismail Kamus.

Kemuncaknya program menyaksikan persembahan sajak daripada pelakon, Diana Amir dan Sembang Santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin ‘Bollywood’, Datuk Malek Noor, Kamal Adli, Pierre Andre dan Aziz M Osman.

Memetik TV Selangor, gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular itu menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir.

Malah detik sambutan tahun baru itu diakhiri dengan nyanyian nasyid ‘Asma Ul Husna’ oleh semula jemputan dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail, Dr Yunus Hairi dan Ketua AMK negeri, Azmizam Zaman Huri.

Ia disusuli dengan bacaan doa penutup oleh Ustaz Azhar Idrus.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42131

Posted by on Jan 1 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google