Lembah Subang jadi tumpuan calon PRK Seri Setia

Bekas ahli majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Halimey Abu Bakar diumumkan sebagai calon KEADILAN untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 September ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sewaktu pelancaran jentera pilihan raya di Padang Terbuka Desa Mentari, Petaling Jaya, malam tadi.

Halimey, 46 tahun, berikrar untuk memartabatkan kawasan rumah pangsa Lembah Subang dan Seri Setia.

“Manifesto saya adalah meneruskan tradisi yang mana kita telah buat selama ini dan saya mahu tambah baik dengan beri penekanan di kawasan Lembah Subang. Kawasan ini adalah lokasi PPR (Projek Perumahan Rakyat).

“Kita akan tambah baik Lembah Subang dan kawasan lain yang banyak rumah pangsa di Seri Setia,” katanya sewaktu bercakap kepada pemberita.

Turut hadir pada pengumuman itu adalah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dan ADUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Seri Setia dan Balakong berlangsung serentak pada 8 September.

Hari penamaan calon pula ditetapkan 18 Ogos dan hari mengundi awal 4 September ini.

PRK Seri Setia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.

Pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi.

Seramai 52,650 pengundi berdaftar dijangka bakal membuang undi dalam PRK Seri Setia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72210

Posted by on Aug 17 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE