Libatkan Pemilik Tanah Dalam Rundingan Pembangunan

Hasrat kerajaan untuk membangunkan tanah Kampung Baru secara bersepadu dan terancang adalah sesuatu yang sangat baik demi masa depan imej Kampung Baru.

Segala perancangan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad adalah sesuatu yang sangat positif dalam merealisasikan impian untuk melihat Kampung Baru dimajukan.

Tentunya cadangan ini menepati matlamat untuk melihat kawasan tersebut dibangunkan secara menyeluruh dan bukannya secara terpencil oleh sesetengah kelompok pemilik.

Pembangunan secara menyeluruh dan terancang akan lebih mudah dilaksanakan berbanding perancangan yang hanya melibatkan sesetengah kelompok kecil pemilik tanah.

Namun demikian segala rundingan dan cadangan pembangunan, haruslah melibatkan para pemilik tanah secara terus tanpa melibatkan badan-badan yang mengaku mewakili mereka.

Rundingan secara terus antara kerajaan dan para pemilik tanah, akan memudahkan lagi kerajaan mengenal pasti hasrat sebenar para pemilik.

Saya yakin rata-rata para pemilik ingin melihat tanah mereka dimajukan.

Tawaran yang baik dengan membawa manfaat secara bersama akan menarik minat mereka untuk bekerjasama dalam apa jua bentuk pembangunan.

Justeru itu segala tawaran dan keuntungan di masa hadapan haruslah dibincang secara dua hala demi mencapai kata muafakat untuk melihat Kampung Baru dimajukan.

Sekian.
SYED BADLI SHAH SYED OSMAN

Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Kampung Baru

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73472

Posted by on May 10 2019. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE