Logo Pakatan Harapan akan dimuktamad waktu terdekat

(Oleh Nadia Hanafi)

PETALING JAYA 16 MEI: Pakatan Harapan akan menyenarai pendek cadangan logo gabungan itu yang dihantar orang ramai dalam waktu terdekat.

pc-phMenurut Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, sebanyak 330 cadangan diterima dari seluruh negara termasuk dari kalangan anak muda sehingga ke pereka profesional, sejak penyertaan dibuka April lalu.

“Kami akan memilih 10 logo dan membuka undian kepada orang ramai untuk mendapat maklum balas dalam beberapa hari lagi.

“Selepas itu kami akan memilih yang terbaik dan dibawa kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk dibuat keputusan sebagai logo rasmi Pakatan Harapan,” kata Saifuddin pada sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada seluruh yang sudi berkongsi cadangan logo tersebut.

Menurut Saifuddin, terdapat di antara mereka turut menyiapkan cadangan bagi rekaan T-shirt dan bahan berkempen dalam pilihan raya nanti.

“Ada di kalangan peserta turut menyatakan kesediaan untuk membantu kami dalam pilihan raya. Kami sangat terharu dan terkesan dengan dokongan itu,” katanya.

Saifuddin berkata, logo yang dipilih akan didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) secepat mungkin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69974

Posted by on May 16 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE