Madinah digesa dedahkan laporan audit 1MDB

(Oleh Fahmi Fadzil)

Saya ingin ucapkan tahniah kepada Tan Sri (TS) Dr Madinah Mohamad yang hari ini (semalam), pada hari ke-62 sejak beliau dilantik sebagai Ketua Audit Negara Februari lalu, telah buat pertama kalinya berdepan dengan media.

Namun saya dan orang ramai kecewa apabila beliau enggan menjawab sebarang pertanyaan oleh pihak media mengenai status Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB. Keengganan beliau untuk memberikan respon ini bukanlah suatu yang positif.

FahmiMalah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa kesemua hutang jangkamasa pendek 1MDB telah dibayar balik, serta isu hutang 1MDB kepada IPIC yang dikatakan hampir selesai, orang ramai berhak mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai pengurusan 1MDB seperti yang terkandung di dalam laporan tersebut untuk mengesahkan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat itu.

Oleh itu, walaupun TS Dr Madinah masih seorang anggota Umno Kepong dan suami beliau masih memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Kepong, TS Dr Madinah wajib mencari keberanian untuk menasihatkan Datuk Seri Najib Razak agar mendeklasifikasi dan mendedahkan laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB ini. Dan saya harap orang ramai akan dapat membaca laporan tersebut sebelum hari ke-100 TS Dr Madinah memegang jawatan Ketua Audit Negara.

* Fahmi merupakan Pengarah Komunikasi KEADILAN merangkap Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69915

Posted by on Apr 26 2017. Filed under KENYATAAN MEDIA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE