Mahkamah arah PRK Rantau diadakan

Kerusi DUN Rantau kekal bukan milik Umno apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan timbalan presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Mohamad untuk masing-masing membayar kos RM10,000.

Mohamad Hasan sebelum ini merayu keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangannya di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Pada 16 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya di Seremban membenarkan petisyen pilihan raya Dr Streram untuk membatalkan kemenangan Mohamad tanpa bertanding bagi kerusi DUN itu.

Beliau menegaskan tidak wujud sebarang undang-undang pilihan raya yang mensyaratkan seseorang calon, pencadang dan penyokong perlu mempunyai tag atau pas masuk untuk mengemukakan borang pencalonan.

Mohamad sebelum ini menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas Dr Streram, seorang pakar bius, dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas.

Alasan yang diberikan adalah beliau tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.

Dr Streram pada 23 Mei 2018 kemudian memfailkan petisyen di mahkamah untuk membatalkan kemenangan Mohamad dan memohon supaya pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DUN berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72944

Posted by on Feb 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE