Majlis perbandaran Seremban dan Nilai bakal bergabung

Negeri Sembilan akan meneliti aspek undang-undang kecil membabitkan penggabungan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menaiktaraf Seremban sebagai sebuah bandar raya.

“Sebelum ini, semua majlis bandar raya adalah daripada majlis tempatan yang terus dinaik taraf kepada bandar raya.

“Tapi ini kali pertama dalam sejarah negara kita, dua buah majlis perbandaran digabungkan untuk menjadi sebuah majlis bandar raya,” katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri akan meneliti status ahli-ahli majlis kedua-dua bandar tersebut.

“Di samping itu, penggabungan ini juga melibatkan pegawai daripada kedua-dua majlis perbandaran. 

“Jadi kita minta kerajaan negeri untuk lihat kesesuaian jawatan-jawatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri, pada 21 Ogos.

Hadir sama pada sidang media itu adalah beberapa exco iaitu Teo Kok Seong; J Arul Kumar; Mohamad Taufek Abd Ghani dan Choo Ken Hwa.  

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73922

Posted by on Aug 23 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE