Malaysia bertuah ada Anwar – Maher Zain

Penyanyi antarabangsa Sweden berketurunan Lubnan, Maher Zain menyifatkan Malaysia bertuah memiliki seorang pemimpin dinamik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi akaun Twitter-nya, artis yang terkenal dengan lagu-lagu kemanusiaan ini berterima kasih atas peluang menziarahi anggota Parlimen Port Dickson itu di kediaman beliau.

“Saya berasa beruntung dan berbesar hati dapat meluangkan masa dengan Dato Seri Anwar Ibrahim di rumah beliau.

“Beliau adalah tokoh umat Islam yang berkebolehan, saya ucapkan selamat berjaya kepadanya. Malaysia beruntung memiliki seorang pemimpin dinamik sepertinya,” katanya.

Maher Zain sedang dalam rangka konsert jelajah Malaysia 2019 melibatkan Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil (9 Mac), Pasir Gudang, Johor (15 Mac), Stadium Spice, Pulau Pinang (16 Mac) dan Universiti Malaysia Sabah (17 Mac).

Destinasi pertama konsert beliau di Stadium Axiata, Sabtu lalu mendapat sambutan hebat apabila dihadiri kira-kira 16,000 penonton dari dalam dan luar negara

Konsert pada malam itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin negara seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Selain menyentuh hati penonton dengan lagu-lagu beliau seperti Palestine Will Be Free, InsyaAllah, Medina, Number 1, Barakallah dan Wonderful World, Maher turut mengundang seorang kanak-kanak perempuan Syria berusia 9 tahun, Bana Al-Abed yang berkongsi kisah hidupnya sebagai pelarian di negara yang dilanda krisis kemanusiaan itu.

Konflik peperangan di Syria sejak tahun 2011 telah mengorbankan lebih 350,000 nyawa menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) manakala lebih 5.6 juta meninggalkan negara itu dan menjadi pelarian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73064

Posted by on Mar 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE