Malaysia sedia bantu Sri Lanka

Malaysia bersedia untuk membantu kerajaan Sri Lanka memulihkan kawasan terjejas ekoran serangan bom terancang di beberapa lokasi di negara pulau itu yang mengorbankan lebih 130 orang semalam.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata beliau menghubungi rakan sejawatannya dari Sri Lanka, Tilak Marapana untuk menyampaikan takziah kerajaan Malaysia dan memanjangkan hasrat untuk membantu.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan ini dan menggesa supaya pelakunya dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan ringkas menerusi Facebook, malam tadi.

Satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi iaitu Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa di Colombo pada 8.30 pagi waktu tempatan, mengorbankan lebih 130 orang, termasuk sembilan warga asing.

Awal hari ini, Wisma Putra menerusi satu kenyataan mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam insiden itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73352

Posted by on Apr 22 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE