Malaysia-Singapura meterai perjanjian tangguh HSR

Malaysia dan Singapura hari ini menandatangani Surat Sampingan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) bagi menangguhkan projek itu sehingga Mei 2020.

Justeru, Malaysia akan membayar kos penangguhan kepada Singapura sebanyak S$15 juta (RM45.1 juta) sebelum Januari 2019.

Perjanjian itu ditandatangani Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Menteri Penyelarasan Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir menyaksikan majlis itu bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Singapura, Teo Chee Hean.

Azmin pada 3 September lalu mengumumkan penangguhan projek itu dan berikrar untuk berunding bagi mengurangkan kos projek itu yang sebelum ini ditetapkan pada harga RM110 bilion.

Malaysia sebelum ini berdepan kemungkinan membayar denda RM500 juta jika menarik diri daripada projek itu yang dimeterai sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72280

Posted by on Sep 5 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE