Malaysia, Singapura terus perkukuh hubungan dengan ASEAN

Malaysia dan Singapura akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala sekaligus mempertingkatkan kerjasama dengan rantau Asia Tenggara, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

“Kita yakin dapat memanfaatkan potensi ekonomi Asean secara bersama,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya semalam.

Azmin turut memuatnaik gambar beliau bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat yang menjadi tuan rumah majlis makan tengah hari di Singapore Botanic Garden.

“Kita telah mengadakan perbincangan yang produktif serta berpotensi mengenai cara untuk mencatat kemajuan di masa depan,” katanya.

Azmin turut berkongsi penghargaannya di atas penglibatan dan pertukaran pendapat menarik dengan Heng yang disifatkannya sebagai “penuh bersemangat dan idea bagi meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.”

“Kita adalah jiran terdekat di antara satu sama lain. Adalah menakjubkan bagaimana pertemuan secara santai adakalanya dapat mencetuskan libat urus produktif jika perhubungan itu berteraskan rasa saling percaya dan pemahaman bersama,” katanya.

Azmin tiba di Singapura pada Sabtu lalu bagi lawatan kerja selama dua hari.

Beliau turut bertemu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri republik itu, Chan Chun Sing di luar acara Formula Satu (F1) Grand Prix Singapore Airlines Singapura 2019.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74042

Posted by on Sep 23 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE