Manifesto Pakatan Harapan dasari sikap kerajaan terhadap Lynas

Janji ke-39 manifesto Pakatan Harapan untuk memelihara alam sekitar akan mendasari sikap kerajaan terhadap isu keselamatan operasi Lynas Advance Material Plant (LAMP), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Mengalu-alukan hasrat Lynas Corporation untuk bekerjasama dengan kerajaan, Fuziah yang baru dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Semakan Semula Lynas, berkata semakan semula terhadap kilang penapis nadir bumi Lynas akan berpaksikan kepada pembangunan dan pelaburan lestari.

“Janji 39 dalam Manifesto Pakatan Harapan di bawah tajuk ‘Menyeimbangkan Pertumbuhan Ekonomi Dengan Perlindungan Alam Sekitar’ menyebut bahawa Kerajaan Pakatan Harapan berjanji akan mentadbir negara ini dengan berlandaskan prinsip kelestarian dan pembangunan mampan.

“Ringkasnya, ia akan menjadi sebuah kerajaan yang mesra alam sekitar,” kata Fuziah dalam kenyataan hari ini sebagai respons terhadap surat terbuka Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Amanda Lacaze.

Dalam surat terbukanya dalam akhbar The Star pada Selasa, Lacaze merayu kerajaan supaya bersikap adil dan saksama serta menggunakan pendekatan secara objektif dan saintifik dalam membuat kajian semula terhadap Lynas Malaysia.

Bulan lepas, dilaporkan bahawa Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin berkata Fuziah dan Anggota Parlimen Bentong, Wong Tack akan mengetuai jawatankuasa itu, yang akan meneliti operasi pemprosesan nadir bumi Lynas.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72382

Posted by on Oct 3 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE