Manifesto Pakatan Harapan Rakyat dilancar, kempen tawan Putrajaya

SHAH ALAM 25 FEB: Manifesto Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) dilancar pada Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

PRManifesto bertema ‘Pakatan Harapan Rakyat’ itu dimulakan dengan pembentangan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kira-kira jam 10.40 pagi.

Kemudian disusuli pembentangan oleh Dr Dzulkefly Ahmad mewakili PAS, manakala M Kulasegaran mewakili DAP.

Manifesto ini merupakan kandungan tawaran yang diberikan kepada rakyat selepas Pakatan menawan Putrajaya. Berikut merupakan rangkuman tawaran Pakatan:
1) Manifesto Pakatan Rakyat (Monopoli) :

Menghapuskan monopoli termasuklah melakukan perjanjian semula dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bubar 1Malaysia Development Bhd. dan menggantikan dengan Suruhanjaya Anti Monopoli.

Suruhanjaya Kontrak Awam diwujudkan bagi menilai semula konsesi berat sebelah, tender terbuka, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.

2) Manifesto Pakatan Rakyat (Projek) :

Mengkaji semula perancangan untuk penabaikan projek penapisan petroleum di Pengerang, Johor
Mengkaji semula deretan projek empangan di Sarawak ketika ini

3) Manifesto Pakatan Rakyat (Alam Sekitar) :

Mengkaji semula undang-undang alam sekitar termasuklah undang-undang pembalakan
Menghentikan segera projek kontroversi nadir bumi Lynas di Gebeng Pahang

4) Manifesto Pakatan Rakyat (Pendidikan, Kerja Kosong, Kemahiran, Perniagaan & Pendapatan) :

Mewujudkan 1 juta peluang kerja kosong untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat-peringkat
Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional
Tabung inovasi IKS RM500 juta
Skim gaji baru & perkhidmatan baru penjawat awam akan diperkenalkan yang lebih adil dan saksama
Memberi permit terus kepada pemandu teksi

5) Manifesto Pakatan Rakyat (Cukai)

Menyelaras cukai rakyat di mana kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00
berbanding RM250,000 sekarang.

Meningkatkan pengecualian cukai pendapatan kepada RM4,000 berbanding RM2,500 yang dilaksanakan pada ketika ini

6) Manifesto Pakatan Rakyat (Tentera) :

Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.Manifesto Pakatan Rakyat (pemandu teksi) :

8) Manifesto Pakatan Rakyat (Pengangkutan) :

Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya
menambah bilangan bas yang sedia ada
merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.

9) Manifesto Pakatan Rakyat (Perubatan) :

Menolak cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care

10) Manifesto Pakatan Rakyat (Lain-lain) :

Memansuhkan AUKU & Kebebasan Akademik

 

 

 

Kandungan Manifesto Pakatan Rakyat boleh KLIK INI.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45903

Posted by on Feb 25 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE