Manifesto Pakatan atasi masalah pokok semua golongan, kaum

Ruqayya Rahman

KUALA LUMPUR 14 MAC: Manifesto Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan masalah pokok yang dihadapi semua peringkat golongan dan kaum di negara ini, kata Pengarah Strategik KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, masalah pokok setiap kaum ialah kemiskinan manakala isu yang membelenggu anak muda di kampung mahupun bandar ialah kadar yuran yang membebankan dan tanggungan hutang PTPTN.

manifesto0227Maka, katanya, fokus perkembangan ekonomi dirancang secara kolektif dengan menurunkan harga minyak dan menghapus tol, selain menawar pendidikan percuma kepada pelajar dan mahasiswa.

“Manifesto Pakatan memberi tumpuan kepada perubahan struktur. Kita tak cerita keistimewaan ikut kaum kerana fokus kita ialah masalah pokok yang dihadapi semua kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama dua panel lain, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Ong Kian.

Rafizi berkata, Pakatan tidak perlu menghasilkan manifesto semata-mata untuk menang berikutan banyak analisis yang memberi jangkaan kemenangan berpihak kepada mereka.

“Kalau mahu menang, tak perlu tungkus lumus kumpul maklumat dan buat pengiraan macam ini sebab banyak analisis yang menyakini kemenangan kami,” katanya.

Beliau berkata, manisfesto bertema Pakatan Harapan Rakyat itu dirangka dengan misi jauh  ke hadapan termasuk merubah struktur dan polarisasi masyarakat peninggalan Umno BN.

(FZL)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47362

Posted by on Mar 14 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google