Ada banyak lompang dalam kes pendakwa– Sankara

Peguam Anwar, Sankara Nair

KUALA LUMPUR: Peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata pasukan peguambela akan terus membongkar kepincangan kes pendakwa  walaupun keputusan mahkamah hari ini mengecewakan mereka.

“Terdapat banyak isu yang kita akan bangkitkan nanti. Terdapat banyak lompang dalam kes pendakwa yang kita akan bongkarkan satu-persatu kelak,” kata Sankara kepada wartawan selepas perbicaraan ditangguhkan hari ini.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang menghakimi perbicaraan Fitnah II hari ini membuat kejutan apabila menukar keputusan bicara-dalam-perbicaraan sebelum ini yang menolak bahan bukti DNA yang diambil secara tipu helah sewaktu Anwar ditahan pada 16 Julai 2008.

Menurut Sankara, walau pun sample DNA yang dikatakan milik Anwar sebelum ini akan diterima mahkamah, pihak pendakwa sebenarnya tidak juga mempunyai bukti bahawa ketiga-tiga barang tersebut digunakan Anwar sewaktu beliau dilokap.

“Tiada bukti bahawa Anwar menggunakan ketiga-tiga barang itu,” kata Sankara.

Mengulas lebih lanjut, Sankara berkata keputusan terbaru mahkamah hari ini memberikan lebih cabaran kepada pasukan peguam bela dalam menyediakan hujah mereka .

“Ia memberikan kita ‘lebih banyak kerja’ sekarang ini dan perbicaraan mungkin akan menjadi lebih panjang,” kata Sankara.

Perbicaraan yang hanya berlangsung selama kira-kira lima minit hari ini ditangguhkan pada jam 9.04 pagi dan bersambung semula esok jam 9 pagi.

Pasukan pendakwa raya dijangka memanggil ahli kimia dari Jabatan Kimia, Aidora Saedon dan bekas Ketua Unit Forensik Bukit Aman, Amidon Adnan.

Mereka dijangka akan membantu mahkamah untuk mengecam dan menandakan tuala muka ‘Good Morning’, botol air mineral ‘Cactus’ dan berus gigi  yang baru sahaja diterima mahkamah sebagai bahan bukti.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9624

Posted by on Mar 23 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE