Mauritius gagalkan percubaan sekutu Jho Low kawal bank

Akhbar Wall Street Journal melaporkan bank pusat Mauritius berjaya menyekat percubaan dua orang sekutu ahli perniagaan Low Taek Jho untuk cuba menguasai kepentingan dalam sebuah bank di Mauritius.

Bekas rakan niaga Goldman Sachs Grioup Inc, Tim Leissner yang mengendalikan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ahli perniagaan Phengphian Laogumnerd yang dikenali sebagai rakan Low Рbekerjasama dalam usaha membeli Century Banking Corp di Mauritius, lapor WSJ.

Laporan itu berkata usaha mereka dibuat beberapa bulan selepas Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan saman sivil pada Julai 2016 mendakwa Low terlibat untuk mengalihkan dana 1MDB dan menggunakan bank-bank kecil untuk membantu pengubahan wang haram.

Leissner dilaporkan merupakan dalang dalam usaha Goldman Sach untuk memperoleh USD6.5 bilion melalui jualan tiga bon berkaitan 1MDB pada 2012 dan 2013.

Phengpian, pula dilaporkan mempunyai hubungan perniagaan dengan Low menerusi perniagaan pakaian dalam di London.

Selain itu, laporan itu berkata bank Mauritius dimiliki oleh Ghanim Bin Saad Al Saad Group of Qatar, kumpulan yang sama sebelum ini membeli sebuah bangunan mewah di London pada tahun 2014 dan kini disenaraikan dalam saman DOJ.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70754

Posted by on Nov 8 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE