MB: Beri perhatian aspek kreativiti pelajar teknikal

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyeru agar golongan pendidik tidak mengabaikan aspek kreativiti pelajar jurusan teknikal.

Menurutnya, pemupukan aspek tersebut akan mengelakkan sindrom pelqjar jurusan tersebut daripada menjadi ‘robot’.

“Kita perlu memberi tumpuan kepada teknikal vokasional kerana ia aspek penting pembangunan negara, dan sepatutnya pelajar tidak perlu menjadi seperti ‘robot’.

“Sebaiknya mereka perlu diberi pendidikan kreatif dan kritis serta menguasai pelbagai bahasa, ini membolehkan mereka berkeyakinan dan mencerminkan identiti nasional.

“Di sini kita lihat peranan pendidik amat mustahak, oleh itu jangan sesekali abaikan sekolah yang dianggap sebagai taman ilmu,” katanya, memetik Selangorkini.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-24, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan ke-36 di Hotel Summit USJ.

Amirudin berkata pada masa sama, Selangor komited untuk memastikan pelajar-pelajar sentiasa belajar dengan bantuan teknologi terkini.

“Dahulu pelajar lebih tertumpu mengunakan buku teks namun kini semuanya lebih mudah dengan internet.

“Disebabkan itu kerajaan Selangor komited dengan menyediakan kemudahan internet percuma dan ia memudahkan pelajar.

“Sehingga kini kerajaan negeri sudah menyediakan 2,500 hotspot di seluruh Selangor, kita perlu tahu teknologi adalah gerbang ilmu pengetahuan paling dahsyat pada waktu ini,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72005

Posted by on Jul 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE