MB dan exco Negeri Sembilan bakal isytihar harta

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan barisan sepuluh exco kerajaan negeri bakal mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh sebulan ini.

Menurut Aminuddin, pengisytiharan harta itu penting untuk memupuk keyakinan rakyat terhadap ketelusan kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan ditetapkan.

“Keputusan mengenai perkara itu dicapai pada mesyuarat exco Rabu lepas. 

“Pengisytiharan harta saya, anggota exco dan wakil rakyat boleh dilihat di laman web portal Negeri Sembilan. Pengisytiharan ini adalah sejajar dengan apa yang kita janjikan dalam manifesto Pakatan Harapan,” katanya selepas majlis Khatam Al-Quran Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir di Seremban  hari ini, lapor Bernama.

Sementara itu, katanya beliau juga mengkaji sama ada untuk mendedahkan pengisytiharan harta yang dibuat pegawai kerajaan khususnya ketua-ketua jabatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri setiap tahun.

“Sama ada pengisytiharan harta tersebut dibolehkan atau tidak didedahkan pada orang ramai ia sedang dikaji… pegawai kerajaan buat masa ini mengisytiharkan harta mereka setiap tahun. 

“Cuma kita perlu melihat dari segi perundangan dan peraturan jabatan (untuk dedahkan),” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71866

Posted by on Jun 8 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE