MB: Penstrukturan semula air di Selangor elak tarif naik 52%

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 13 Jun: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor tetap meneruskan penstrukturan semula air di negeri itu bagi mengelak rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung kos kenaikan tarif lebih 50 peratus.

“Penyusunan semula air Selangor akan menentukan bahawa rakyat Selangor dan Kuala Lumpur serta Putrajaya tidak akan dikenakan kenaikan seperti dalam perjanjian antara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan pada untuk 2009 dan 2012 yang mana sejumlah lebih 50 peratus harga tarif air dinaikkan.

“Jika tidak, kenaikan tarif air akan berlaku tiga tahun sekali dan tidak melebihi 12 peratus. Jadi dibandingkan dengan apa yang berlaku sekarang, jika perjanjian ini diteruskan, sekarang juga harga air kena dinaikkan lebih 52 peratus,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sempena Forum Air Selangor 2012 semalam.

Khalid berkata, demi mempertahankan hak rakyat daripada dianiaya menerusi perjanjian oleh kerajaan Barisan Nasional dengan Kerajaan Persekutuan sebelum ini, beliau akan berjumpa sendiri dengan menteri berkenaan.

“Jika tidak boleh dilaksanakan penstrukturan ini, kita akan berjumpa dengan kerajaan untuk mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti dalam Perlembagaan Persekutuan ada termaktub bahawa air juga isu Kerajaan Persekutuan.

“Oleh sebab itu, tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, tetapi dalam Akta 655, dia (kerajaan) menerima bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mesti dapatkan persetujuan bersama dalam penyelesaian,” jelas beliau.

Tambah Khalid, jika Kerajaan Persekutuan tetap ‘berdegil’ untuk menyusahkan rakyat, beliau sendiri akan turun padang menerangkan mengenai isu tersebut.

“Kalau tetap juga tidak diterima, saya akan menerangkan kepada rakyat apa yang saya buat, kalau tak dapat diteruskan, sanggupkah rakyat Selangor bayar 52 peratus kenaikan harga air. Perkara ini agak senang saya terangkan kepada rakyat Selangor,” katanya.

Dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Selangor dan Syabas pada 2006 menyetujui setiap tiga tahun, tarif air akan dinaikkan mengikut peratus yang dipersetujui.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31529

Posted by on Jun 13 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google