MB S’gor terima teguran audit

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berikrar untuk memanfaatkan teguran Laporan Ketua Audit Negara berhubung Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) baru-baru ini.

Kata Amirudin, teguran demikian membantu memperbaiki pentadbiran kerajaan negeri.

“Untuk mengenalpasti permasalahannya, kerajaan negeri mempunyai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) dan badan berkanun lain yang boleh menelitinya.

“Pada saya kita bukan hanya perlu mengambil laporan yang ‘manis’ sahaja daripada audit negara itu.

“Tetapi, mana-mana yang sewajarnya ditegur itu adalah bagi membolehkan kita melaksanakan tadbir urus dengan lebih baik,” katanya memetik Selangorkini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Wacana Perbandaran Rendah Karbon ke Arah Bandar Pintar (Smart City) di Klang, semalam.

Laporan Audit Negara 2018 Siri 1 menyebut tentang pengurusan projek pembangunan PPAS yang kurang cekap sehingga tidak mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut Pelan Strategik PPAS 2016 – 2020.

Sehingga Disember 2018, sebanyak lima atau 17.9 peratus daripada 28 projek yang dirancang dan sedang dilaksanakan mengalami kelewatan.

Sementara, audit ke atas YAWAS mendapati badan itu memerlukan beberapa penambahbaikan yang selaras dengan amalan terbaik korporat.

Selain itu, bagi program Insentif Perkahwinan Belia terdapat kelemahan dalam pengurusan melibatkan tempoh bayaran insentif kepada pemohon yang berjaya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73781

Posted by on Jul 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE