MB S’gor ucap maju jaya kepada pelajar UPSR

Menteri Besar, Amirudin Shari mendoakan kejayaan pelajar-pelajar tahun enam yang mula menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini.

Amirudin berkata demikian menurut akaun Twitter beliau.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki UPSR bermula hari ini.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kelapangan dalam menjawab soalan peperiksaan dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan memaklumkan seramai 445,641 calon mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,076 pusat peperiksaan seluruh negara.

Di Selangor, 87,483 calon berdafar menduduki peperiksaan itu membabitkan 60,350 calon bagi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina (18,224), SJK Tamil (4,428) dan swasta (4,481).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73980

Posted by on Sep 4 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE