MB S’gor ziarah pelajar di Mesir

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari meluangkan masa bertemu mahasiswa Selangor dan Malaysia sewaktu berkunjung ke Pejabat Majis Amanah Rakyat (MARA) di Alexandria, Mesir, semalam.

Katanya, Selangor menerusi Menteri Besar Incorporated (MBI) bersetuju untuk memberikan sumbangan kepada mahasiswa di sana.

“Saya sempat beramah mesra dengan mahasiswa-mahasiswa Selangor dan Malaysia yang belajar di sini. Kebanyakan daripada mereka belajar dalam bidang pergigian dan perubatan.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Pengarah MARA Mesir dan pasukan beliau yang menerima kunjungan kami.

“Kerajaan negeri melalui MBI juga bersetuju untuk memberikan sumbangan kepada mahasiswa di sana menjalankan kegiatan mereka,” katanya menerusi Facebook beliau.

Selangor memperuntukan RM16.6 juta dalam Belanjawan 2019 bagi membiayai Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.

Biasiswa itu adalah Biasiswa Sagong Tasi, Biasiswa DYMM Sultan Selangor (Sekolah Alam Shah, Putrajaya) dan Biasiswa Menteri Besar.

Amirudin berkata, selain biasiswa peruntukan ini juga bagi membiayai Program Peduli Siswa Dalam Negara (IPTA/IPTS), Program Khas Kakitangan Awam, Program Khas Selangor Brain Bank (Pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga Phd) dan Program Khas Peduli Siswa Luar Negara.

Tturut serta dalam lawatan itu adalah Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar, Soffan Affendi Aminudin dan Pengarah MARA Mesir, Abdullah Samsudin dan pegawai tertinggi kerajaan lain.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74049

Posted by on Sep 24 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE