MB turun sertai misi cari remaja Irish

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun turun meninjau misi mencari dan menyelamat remaja perempuan warga Ireland berusia 15 tahun yang hilang di sebuah resort di Kampung Pantai, Seremban.

Nora Anne Quoirin dilaporkan hilang sejak jam 8 pagi 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Nor Marzukee Besar dalam satu kenyataan berkata, remaja itu bermalam di resort berkenaan bersama keluarganya.

Kehilangan beliau yang disedari keluarganya kemudian dimaklumkan kepada pengurusan resort tersebut.

Pasukan bomba serta polis yang melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) sedang meneruskan usaha mencari dan menyelamatkan remaja itu.

Turut hadir di lokasi pencarian adalah Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman yang mengikuti sendiri perjalanan operasi dan bertemu dengan keluarga mangsa.

Menurut ahli keluarganya, remaja berkenaan mempunyai masalah pembelajaran iaitu lembam.

Insiden kehilangan remaja itu tular di laman sosial dan mendapat liputan BBC News.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73852

Posted by on Aug 6 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE