MBPJ beri lampu hijau himpunan antikleptokrasi

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membenarkan penganjuran himpunan antikleptokrasi oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Sabtu ini dan akan menugaskan pegawai-pegawainya untuk mengawal lalu lintas.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata Padang Timur di depan Amcorp Mall yang menjadi lokasi tapak himpunan tersebut adalah milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Padang itu memang kita tiada halangan. Kita beri kebenaran kepada penganjur untuk adakan di Padang Timur. Jadi tak ada isu dengan kita.

“Kegunaan padang itu di pihak majlis sebab ia milik majlis, kita pemilik tanah, jadi kita benarkan,” kata Mohd Azizi kepada pemberita selepas majlis Apresiasi Inovasi peringkat negeri di Shah Alam, hari ini, lapor Malaysiakini.

Mohd Azizi berkata demikian bagi mengulas keputusan polis yang tidak membenarkan padang itu digunakan bagi himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi pada 14 Oktober ini.

“Oleh kerana Padang Timur itu kawasan kita, kita akan pastikan penguat kuasa jaga trafik,” katanya.

Disoal berhubung tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap penganjuran himpunan itu, Mohd Azizi berkata ia terserah kepada penganjur.

“Itu atas penganjur bukan kita. Kita bagi kebenaran untuk himpunan,” kata Mohd Azizi.

Mohd Azizi juga berkata tidak ada sebarang aduan orang ramai berhubung penganjuran himpunan tersebut.

“Semua itu tak ada,” katanya.

Tambah Mohd Azizi lagi, MBPJ juga tidak ada masalah untuk peniaga membuka perniagaan di kawasan berkenaan pada hari himpunan bermula jam 4 petang itu berlangsung.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70640

Posted by on Oct 12 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE