MCEIR pangkalan data berpusat telefon bimbit

Putrajaya mewujudkan Malaysian Central Equipment Identity Register (MCEIR) sebagai pangkalan data nombor International Mobile Equipment Identity (IMEI), iaitu nombor siri unik yang mampu mengenal pasti setiap telefon bimbit di negara ini.

Semua syarikat telekomunikasi utama di Malaysia juga menyerahkan nombor IMEI dan juta data peribadi lain seperti nama, nombor telefon, alamat rumah dan nombor MyKad kepada MCEIR.

Perkara tersebut diketahui menerusi jawapan bertulis Kementerian Komunikasi dan Multimedia kepada Anggota Parlimen Lembah, Pantai Fahmi Fadzil semalam.

Fahmi menuntut penjelasan kerajaan tentang Nuemera, syarikat yang dilantik kerajaan Umno-BN dahulu yang gagal untuk melaksanakan sistem Sekatan Perkhidmatan Selular Awam (PCBS), dan membocorkan data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi.

Jawapan bertulis yang disediakan itu tidak memperincikan bagaimana kebocoran berlaku tetapi berkata tindakan telah diambil terhadap Nuemera, susulan siasatan oleh SKMM, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan polis.

“Susulan siasatan itu, SKMM pada 26 Januari 2018 telah menggantung pelantikan Nuemera kerana didapati telah melanggar fasal-fasal asas dalam kontrak perjanjian antara SKMM dan Nuemera yang telah ditandatangani.

“Pada 21 Mei 2018, SKMM seterusnya telah mengeluarkan notis kepada Nuemera atas keputusan SKMM untuk tidak memperbaharui Perjanjian PCBS tersebut untuk tempoh 5 tahun lagi, sebagaimana opsyen terdapat dalam kontrak perjanjian,” jawapan bertulis itu dipetik.

Bagi siasatan jenayah pula, kementerian itu berkata JPDP menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 9 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Kata kementerian itu lagi, perkara itu juga disiasat mengikut seksyen 130 akta sama berkenaan pengumpulan data peribadi yang bercanggah dengan undang-undang serta Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 berkenaan “capaian tanpa kuasa (authority) dengan niat untuk melakukan atau memudahkan berlakunya kesalahan lanjut”.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan dalam tindakan AGC.”

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74133

Posted by on Oct 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE