Media alternatif lebih telus dan dipercayai rakyat

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 18 FEB: Ketelusan media alternatif melaporkan berita jauh lebih baik berbanding media kawalan kerajaan yang terbukti menyiarkan fitnah dan pembohongan, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin.

“Kebebasan media alternatif adalah sebab mengapa rakyat lebih memilih saluran itu sekarang, berbeza dengan media arus perdana yang sudah hilang tanggungjawab, malah menjadi alat Umno,” kata Sim.

SuaraKeadilan19Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kebebasan media alternatif menerusi internet punca beberapa situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan sebaliknya.

Mahathir berkata demikian merujuk klip video yang menunjukkan Datuk Seri Najib Razak dimalukan rakyat Pulau Pinang secara terang-terangan menolak BN apabila ditanya Perdana Menteri itu.

“Video itu bukti sentimen penolakan penduduk Pulau Pinang terhadap BN. Tak payah ‘spin’, video itu benar, media perdana yang edit jadi sebaliknya,” kata Sim kepada Keadilan Daily.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu, media alternatif menjadi kepentingan di era ini untuk rakyat merujuk atau mencari kebenaran setelah dipapar berita pembohongan di media perdana setiap hari.

“Media alternatif cukup penting untuk sebarkan info sebenar. Kalau tengok berita di televisyen yang ada hanya fitnah dan serangan dari satu pihak, itu yang buat rakyat jelek,” katanya.

Mahathir dalam kenyataannya turut berkata, kebebasan media alternatif menjadi punca bahasa kesat dan berbaur perkauman meningkat.

“Jangan hanya menuding kepada media alternatif. Media arus perdana yang menyiarkan berita negatif berkaitan pembangkang, video, kata-kata kesat dan maki hamun setiap kali siaran,” kata Sim.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45364

Posted by on Feb 18 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google