Media Keadilan Kini di Pasaran

Padat dengan laporan yang tepat dari sumber, Media Keadilan kini kembali di pasaran menemui pembaca.

Ramai pembaca akhbar arus perdana kecewa kerana akhbar-akhbar arus perdana terlalu kerap memaparkan berita-berita yang berat sebelah.

Isu-isu nasional yang dekat di hati rakyat seperti kes Fitnah II Dato’ Seri Anwar juga tidak disiarkan akhbar-akhbar tersebut.

Lebih teruk lagi, pada masa yang sama slogan kebebasan akhbar terus dilaungkan oleh pihak yang menentang kebeasan akhbar itu sendiri.

Keadaan akan menjadi lebih baik apabila rakyat disajikan dengan akses kepada berita yang adil.

Dengan cara itu sahaja, rakyat akan dapat membuat keputusan yang objektif dan tepat dalam penilaian politik mereka.

Media Keadilan, versi bercetak Keadilan Daily, kini kembali di pasaran mengisi lompang tersebut.

Antara isu yang dibincangkan dalam edisi kali ini adalah butiran perbicaraan Fitnah II Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang tidak disiarkan dalam akhbar arus perdana.

Turut dimuatkan adalah kupasan tentang kemungkinan pilihanraya umum ke-13 yang tidak akan disertai negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Selain itu, insiden 3 remaja mati ditembak polis di Glenmarie Shah Alam turut dimuatkan dalam edisi kali ini.

Lebih istimewa, keluaran kali ini mengandungi jalur komik dariĀ  kartunis tanahair, Rona, Art dan Haili.

Dapatkan keluaran terbaru ini di gedung dan toko buku berhampiran anda.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=363

Posted by on Nov 24 2010. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed.

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google