Melaka jadi tuan rumah Kongres Nasional KEADILAN

Melaka Bandaraya Bersejarah bakal menjadi tuan rumah kepada Kongres Nasional KEADILAN pada 6, 7 dan 8 Disember 2019.

Kongres itu bakal berlangsung selepas selesai siri konvensyen KEADILAN peringkat negeri dari 13 Oktober hingga 30 Nnovember 2019.

“Konvensyen KEADILAN negeri bakal mengetengahkan pimpinan dari pelbagai latar belakang iaitu wakil anak muda, wakil wanita, wakil masyarakat sivil, wakil NGO¬† yang bakal melontarkan idea-idea dan kritikan yang membina untuk masa depan KEADILAN.

“Pimpinan kanan parti akan turut mengambil bahagian termasuklah Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menyampaikan amanat beliau di penghujung konvensyen.

“Konvensyen ini sebagai satu langkah pembinaan momentum menuju Kongres Nasional KEADILAN yang bakal diadakan pada 6, 7 dan 8 Disember 2019 yang bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka,” kata Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media pagi ini.

Konvensyen itu bakal berlangsung di Pulau Pinang pada 13 Oktober 2019 diikuti dengan Pahang (19 Oktober), Sabah (28 Oktober), Johor (1 November), Wilayah Persekutuan (2 November), Negeri Sembilan (9 November), Melaka (10 November), Kelantan dan Terengganu (15 November), Kedah dan Perlis (16 November), Selangor (17 November), Sarawak (23 November) dan Perak (30 November).

Kata Nik Nazmi, beberapa isu semasa berkaitan negara bakal dibahaskan pada siri konvensyen negeri itu.

“Antara isu yang bakal dibahaskan dalam konvensyen ini adalah isu-isu pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan soal mengatasi jurang masyarakat kaya dan miskin.

“Isu kedaulatan Perlembagaan Negara turut bakal disentuh dan juga isu-isu alam sekitar yang lestari dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan,” katanya.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74093

Posted by on Oct 3 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE