Memaknai Demokrasi Menterjemah Reformasi jadi panduan Kongres ke-13

Kongres Nasional PKR 2018 yang pertama kali diadakan selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan berlangsung hari ini, dengan tema Memaknai Demokrasi, Menterjemah Reformasi.

Kongres ini dijangka akan menyaksikan pembentangan hala tuju parti selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan baharu juga pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Berlangsung di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC), ia juga akan menyaksikan ucapan terakhir Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden pertama parti sejak penubuhannya 20 tahun dahulu.

Seramai 2,735 perwakilan menyertai kongres ini yang bermula semalam dengan kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita KEADILAN.

Ucapan bagi membuka tirai rasmi kongres dua  bermula pada 9.25 pagi, sebelum diteruskan dengan penyampaian anugerah dan perbahasan ucapan dasar.

Kongres kali ke-13 itu juga akan memperkenalkan jemaah kepimpinan utama yang antara lain menyaksikan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih tampuk sebagai presiden parti baharu .

Anwar yang baru-baru ini dipilih menjadi wakil rakyat selepas menang kerusi Parlimen Port Dickson dalam pertandingan tujuh penjuru menang tanpa bertanding sebagai presiden.

Beliau dijadualkan menyampaikan ucapan penangguhan presiden baharu pada sebelah petang sebelum persidangan ditangguhkan pukul 4 petang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72570

Posted by on Nov 17 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE