“Menafikan hak rakyat tiada beza dengan merasuah” – Zuraida

Penangkapan Setiausaha Agung Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan dua anak beliau di atas tuduhan menerima rasuah daripada kontraktor berjumlah RM3 juta secara tunai dan jongkong emas telah disifatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “menafikan hak-hak rakyat Malaysia”.

ZuraidaDalam isu ini, Wanita KEADILAN merasakan jumlah wang tersebut dikatakan telah menafikan hak-hak rakyat Malaysia tetapi sebenarnya tiada beza dengan merasuah, menyalahgunakan wang rakyat, dan mengambil hasil yang sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat.
Walaupun menghabiskan masa kualiti bersama keluarga dengan bercuti itu dibenarkan, namun perbelanjaan awam perlu diambil kita sepenuhnya untuk penelitian terbuka kepada umum.

Menafikan “hak rakyat Malaysia” adalah sebenarnya menafikan hak rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui. Hak akses maklumat kepada awam adalah penting untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang perkara-perkara penting seperti bagaiman wang mereka dibelanjakan.

Itulah sebabnya Akta Kebebasan Maklumat adalah penting namun telah bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan. Ini adalah penting supaya apa saja butiran boleh didapati kecuali yang melibatkan keselematan peringkat tertinggi dan pertahanan keselamatan negara. Menjadi keutamaan rakyat Malaysia untuk mengetahui setiap dan sebarang transaksi yang mencurigakan melibatkan wang mereka.

Penangkapan terbaru SPRM seharusnya menjadi amaran kepada semua pihak, termasuk MO1 yang telah disebut lebih daripada 30 kali oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Jamal Md Yunos juga, perlu berhati-hati apabila bercakap besar tentang pemberian RM1,000 kepada 646 perwakilan Umno. Hak untuk satu pembersihan politik adalah satu hak rakyat yang paling ringkas dan budaya politik wang perlu disiasat.

Wanita KEADILAN menggesa agar SPRM bersifat adil ketika menjalankan tugas mereka kepada rakyat. Rakyat Malaysia layak untuk mempunyai sebuah suruhanjaya anti-rasuah yang kuat dan bebas daripada sebarang campur tangan politik.

Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita KEADILAN

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69733

Posted by on Jan 10 2017. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE