Menteri komunikasi digesa henti propaganda ‘fake news’ insiden bazaar

KUALA LUMPUR 15 JUN: Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak agar berhenti menyebarkan propaganda menyeleweng berkenaan insiden di bazaar Ramadan Bandar Kluang baru-baru ini.

Menurut Liew, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menerusi saluran WhatsApp agensi tersebut mengulangi kenyataan palsu daripada Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Datuk Jais Sarday berkenaan punca serangan samseng di bazaar tersebut terhadp Liew pada Sabtu lepas.

Menurut Liew, perkongsian menerusi kumpulan WhatsApp tersebut mengulangi fitnah mendakwa DAP membantah kewujudan bazaar tersebut pada 2007 yang sebenarnya dibantah MCA pada masa tersebut.

“Maka, tuduhan-tuduhan dalam kemaskini JASA itu tidak benar sama sekali dan berniat jahat.

“Hakikat bahawa Umno tergamak menggunakan jentera propaganda untuk menyebarkan fitnah terhafap seteru politiknya membuktikan bahawa salah guna kuasa kini berada pada tahap yang paling rendah.

“Pembohongan yang dijaja ini sebenarnya memperolok-olokkan moto Jasa iaitu `Kebenaran Terserlah Negara Cemerlang`.

“Saya menggesa Salleh agar mengarahkan Jasa yang di bawah bidang kuasanya agar menghentikan ‘fake news’ sebagai bahan fitnah politik,” kenyataan beliau dipetik.

Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP itu, bekas ahli dewan undangan negeri Mengkibol dalam Parlimen Kluang iaitu Gan Ping Sieu sendiri mengaku memprotes kewujudan bazaar tersebut dan membawa bantahan tersebut kepada pegawai daerah pada 2007.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70113

Posted by on Jun 15 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE