Menteri NFC masih bebas, Rafizi dihukum penjara

Setiap pengorbanan perlu dibayar dengan harga yang mahal. Begitulah nasib yang menimpa Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) berhubung pendedahan akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Hukuman itu dijatuhkan selepas mereka diarah membela diri oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Zamri Bakar pada 25 Oktober 2017.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali dan Steven Chin.

Sementara, Ahmad Nizam Hamid mewakili Rafizi dan Latheefa Koya mewakili Johari.

Hakim Zamri Bakar dalam penghakimannya berkata pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Pada 2011, Rafizi mendedahkan pembelian unit kondominium mewah oleh NFC yang dimiliki Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang merupakan suami kepada ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Skandal NFC yang melibatkan pemimpin tinggi Umno itu mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara pada 2010 juga mendedahkan NFC gagal mencapai sasarannya untuk menternak 8,000 ekor baka lembu di Gemas, Negeri Sembilan.

Kegagalan itu berlaku selepas NFC diberikan pinjaman mudah RM250 juta dan geran mudah sebanyak RM6 juta oleh Putrajaya dan tanah seluas 5,000 ekar di Gemas, Negeri Sembilan.

Sehingga kini, NFC belum dikenakan sebarang hukuman oleh Putrajaya walaupun Mohamad Salleh telah didakwa atas tuduhan pecah amanah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71312

Posted by on Feb 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE