Menteri sahkan persempadanan semula dibuat ikut kaum- Bersih

KUALA LUMPUR 2 APRIL: BERSIH menganggap saranan Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pengundian berasaskan kaumĀ  mengesahkan anggapan persempadanan semula dibuat berasaskan warna kulit.

maria-chin-abdullahGabungan itu berkata, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selari dengan pengakuan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmat.

“Ia sebenarnya mengesahkan kenyataan bekas pengerusi SPR yang persempadanan semula dilakukan mengikut kaum,” kata pengerusi bersama BERSIH Maria Chin Abdullah seperti dilapor Malaysiakini.

Abdul Rashid, pengerusi SPR antara 2000-08 sebelum ini dilapor mengakui, tiga persempadanan semula pada zamannya bagi memastikan kuasa politik kekal di tangan Melayu.

Maria menyifatkan kenyataan Shahidan yang disokong Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) itu sebagai memalukan dan menyemarakkan perkauman.

“Saya rasa ia sebenarnya tidak masuk akal dan amat memalukan (apabila) kita ada seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan demikian kerana ia menyemarakkan isu perkauman,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyerahkan Laporan Tribunal Rakyat tentang Pilihan Raya Umum ke-13 kepada tujuh MP Pakatan di Parlimen, tengah hari ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60457

Posted by on Apr 3 2014. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE