Mesej Raya Anwar: Sekarang kena terus kerja

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berazam untuk tidak membuang masa dalam usaha memulihkan negara selepas dibebaskan dari penjara.

Menerusi sebuah klip video selama 2 minit 30 saat itu sempena perutusan Aidilfitri, Anwar menjawab pujukannya anaknya Nurul Nuha yang mahukan beliau berehat.

“Kita rehatlah dulu, papa,” kata Nurul Nuha.

“Rehat? Kan papa dah lama rehat di penjara. Sekarang kita kena terus kerja. Orang tunggu.

“Orang bagi amanah. Kalau kita tidak laksanaka, dukungan mereka itu sia-sia. Kalau kita fikirkan keselesaan kita, samalah (kita) dengan rejim lama,” balas Anwar.

Anwar menegaskan bahawa objektif utama kerajaan sekarang adalah untuk meringankan beban rakyat dan mengisi demokrasi di Malaysia supaya lebih bermakna bagi rakyat.

“Kalua tidak, ia tiada apa-apa makna selain (dari mempunyai) kebebasan kita dan pemerintahan baru. Kita (perlu) teruskan sedikit sahaja lagi. Mudah-mudahan Allah perkenankannya, Insya-Allah,” katanya.

Isteri Anwar, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian menyertai perbualan itu dan berkata sekarang adalah lebih sukar selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum.

“Kita mesti lakukan semua (janji-janji) sebab apa kita nak mengisi kemenangan dan kalau boleh dengan semua sokongan rakyat, kita boleh melakukannya,” katanya.

Mereka kemudian berpelukan sebelum ke meja makan untuk makan malam.

Video itu berakhir dengan ucapan Hari Raya Aidilfitri dari seluruh keluarga Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71886

Posted by on Jun 14 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE