Misi utama APS untuk menangkan Pakatan – Wilfred

(Oleh Masdar Wahid)

SABAH 7 September: Misi utama penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi membantu Pakatan Rakyat (Pakatan) membentuk Kerajaan Persekutuan baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya APS akan memonopoli calonnya bagi mewakili Pakatan pada PRU akan datang.

“Tidak perlu bagi saya atau mana-mana pemimpin APS menjadi calon kerana kami pasti pemimpin semasa dari kalangan komponen Pakatan mampu dan bersedia untuk diletak sebagai calon dalam PRU.

“Bagaimanapun APS bersedia mencadang beberapa nama untuk dipertimbang sebagai calon,” Katanya dalam satu kenyataan.

Mengakui PRU ke-13 sengit, APS ketika ini juga kata Wilfred giat menyatukan bekas penyokong BN Sabah untuk menyertai Pakatan.

“Kita akan pastikan pembangkang Sabah bersedia berdepan BN kerana Pakatan mempunyai kelebihan termasuklah kegagalan BN menyelesai masalah penduduk Sabah walaupun diberi peluang sebagai kerajaan sekian lama,” kata Wilfred lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35626

Posted by on Sep 7 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE