Mohon sumbangan pembedahan jantung adik Safiah

Adik Safiah Mardhiah Binti Mohd Zulfadzli, 5 tahun akan menjalani pembedahan ‘open heart surgery’ bagi menutup lubang pada jantungnya. Safiah merupakan cahayamata sulung kepada salah

Seorang aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC) dan anggota Angkatan Muda KEADILAN, Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit.

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana

melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung.

Menurut keluarga adik safiah,  semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir.

Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian

daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, isteri Zurabika Zainudin yang pernah berkhidmat sebagai kakitangan di Ibu Pejabat KEADILAN terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 – 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula.

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada Mohd Zulfadzli Bin Abdul Halim (Maybank) 162209905368 atau hubungi beliau di talian 019-2717548 atau melalui emel di mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com.

Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19467

Posted by on Aug 24 2011. Filed under KENYATAAN MEDIA, SEMASA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE