MP KEADILAN sokong bantahan projek tambakan

Dua orang anggota Parlimen KEADILAN menyokong bantahan terhadap projek tambakan di Pulau Pinang yang didakwa akan menjejaskan pencarian nelayan berhampiran.

Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, projek itu akan menjejaskan bukan sahaja nelayan Pulau Pinang, malah sekitar Perak dan Kedah akan turut menerima kesannya.

“Jadi inilah sebab mengapa kita berada di sini. Kita akan mendengarnya secara terperinci dari memorandum tersebut.

“Dalam hal ini, kami rasa penting buat mereka untuk menyuarakan bantahan kerana projek pembangunan tersebut bakal memberi impak kepada mereka,” katanya yang berada di pintu pagar Parlimen pagi ini bagi menerima memorandum tersebut.

Mengulas isu sama, Anggota Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata beliau menolak projek tersebut.

“Secara umum mana-mana projek yang buruk kepada persekitaran semestinya saya akan menentangnya.

“Tetapi siapa yang boleh buat keputusan ialah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ( MESTECC),” katanya yang turut sama menerima memorandum itu.

Kira-kira 200 orang nelayan berhimpun di hadapan pintu masuk Parlimen bagi membantah projek tambakan laut melibatkan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang.

Mereka kemudian menyerahkan memorandum bantahan itu kepada beberapa kementerian termasuk Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73751

Posted by on Jul 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE