MP Ledang dipilih sebagai pengerusi MPN Johor

Anggota Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor yang baharu bagi menggantikan Hassan Karim yang meletakkan jawatan.

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, Syed Ibrahim dipilih melalui undian di kalangan ketua cabang KEADILAN Johor dalam satu mesyuarat semalam.

“Satu mesyuarat bersama semua ketua cabang KEADILAN Johor diadakan petang tadi bagi memuktamadkan proses pelantikan pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang baru.

“Proses undi telah diadakan dan keputusan yang dicapai memperlihatkan majoriti ketua cabang melantik Anggota Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed NOh sebagai pengerusi menggantikan Hassan Abdul Karim,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pemilihan Syed Ibrahim itu dibuat menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang akan diadakan pada 16 November.

Pengerusi terdahulu, Anggota Parlimen Pasir Gudang melepaskan jawatannya sebagai pengerusi MPN.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil sebelum ini mengumumkan bahawa jentera KEADILAN akan dikerah sepenuhnya bagi membantu calon Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Tanjung Piai.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74084

Posted by on Oct 1 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE