MP Pasir Gudang gesa henti operasi kilang kimia

Anggota Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa kerajaan mengarahkan kilang-kilang di kawasan itu kimia menghentikan operasi buat sementara waktu.

Gesaab itu dibuatnya susulan kejadian pencemaran gas yang berlaku pada 20 Jun lalu gagal dikawal secara berkesan.

“Saya tidak mahu mendengar lagi janji-janji manis dari penimpin-pemimpin kerajaan negeri dan agensi agensi berkuasa yang memberi jawapan kosong kononnya keadaan terkawal dan selamat.

“Yang nyata keadaan sebenar tidak terkawal kini dan tidak selamat,” katanya.

Beliau turut menggesa agar sekolah-sekolah dalam kawasan terjejas ditutup sehingga keadaan kembali selamat.

“Keluarkan perintah supaya semua kilang-kilang kimia yang mengeluarkan gas supaya berhenti beroperasi sehingga keadaan pencemaran tidak berlaku lagi dan kualiti udara terjamin.

“Kerajaan pusat (perlu) segera ambil alih daripada kerajaan negeri Johor langkah menangani isu pencemaran udara ini yang berpunca dari kebocoran gas.

“Kerahkan semua pasukan pakar dari NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan lain-lain agensi serta universiti-universiti supaya membuat analisis dan pemantauan rapi kualiti udara dan mencari punca sebenar pencemaran gas ini,” katanya dalam kenyataan.

20 Jun lalu, 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar, kira-kira tujuh kilometer dari Sungai Kim Kim yang dicemari toksik Mac lalu, dilaporkan sesak nafas dan muntah.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Ibrahim Omar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.39 petang dan sebuah jentera dengan tiga anggota dihantar ke lokasi kejadian sebagai tindak balas pertama.

Ini adalah kejadian kedua melibatkan pencemaran udara di Pasir Gudang.

Pada 7 Mac lalu, hampir 6,000 penduduk di kawasan sama terjejas akibat pencemaran udara daripada pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73662

Posted by on Jun 24 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE